23 August 2011

adam 23.8.2011 @10.45pm

malam ni aku rasa bersyukur sngtt SEBAB masih ada lagi kawan yang memahami diriku... 
bagi aku, selain daripada keluarga,kawan memainkan peranan penting dalam hidup aku.Ada pelbagai jenis kawan, ada kawan yang menangis,ada kawan yang gembira, ada kawan di waktu  duka, ada kawan di waktu suka, ada kawan yang membahagiakan , ada kawan yang menyakitkan, ada kawan yang memahami, ada yang tak faham-faham, ada yang sentiasa ada, ada yang sentiasa tak ada, ada yang banyak cakap, ada yang tak cakap-cakap, ada yang berjumpa, ada yang bakal jumpa, dan pelbagai jenis lagi lah....

Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime... 

Buat teman teman yang aku sanjung..

Bila lahir kita tiada pilihan ke atas nama kita... gelaran yang baik baik selalunya, dihadiahkan oleh orang tua, famili dan lain lain. Itulah simbol personaliti kita selamanya..

Di awal awal perjalanan mahupun  pertengahan jalan  kehidupan kita, timbul pulaklah pelbagai nama timangan buat kita, ada yang `very the’ dan ada yang lucu bunyinya tak kurang pula ada yang pelik!

Jika ada jasa di tabur dan untung nasib berpihak pada kita serta amal kebajikan dikenang orang .. maka dianugerahkan dengan gelaranlah pulak. Dato’ , Datin, Dato Sri dan pelbagai lagi. Seronoknya ye? Yang tak seronok bila gelaran ditarik balik            ..sigh..

Nama adalah lambang maruah, peribadi, identiti dan personaliti seseorang.

Abis tu... amacam plak kalau kita dikenali dengan nama panggilan yang kurang enak? Pasti kita marah, geram, menyampah dan malu dengan nama itu. Tapi ken,ken,ken, pernah tak terdetik di minda kita yang sebenarnya nama gelaran tu , biarpun melambangkan sesuatu sifat atau perkara yang tak elok, ianya adalah hanya sekadar nama... gabungan abjad yang membentuk satu perkataan atau prasa nama.

Aku tak malu dipanggil GAY, Bapuk, LELAKI LEMBUT malah anjing sekalipun! Terima kasih kalian kerana meluangkan masa, memerah keringat memberi aku nama mengikut acuan di kotak mindamu. Mungkin benar, mungkin silap, terpulanglah kepada semua menilainya (walaupun kamu tiada hak!)

Tapi, apapun nama yang kamu semua cipta dengan segala macam label, memberikan aku ruang dan peluang menilai diri. Dengan peluang ini jugalah, aku berterima kasih kerana menghina, mencaci maki aku supaya aku bertambah kuat semangatnya. Syukur padaNya kerana dengan nama ini, aku mampu mengukur kawan dan lawan.Kamu semua hanya pandai menggelar tetapi pernahkah kamu duduk memikirkan mengapa aku begitu?

Semoga ada lagi umat manusia yang ingin berdamping denganku, setia berada di sisi kala suka duka dan mendoakan kesejahteraan rohku bila aku tiada...

Dengan nama, aku berjaya dan kerana nama juga aku dicaci nista. Kamu semua boleh merampas segala galanya dariku tetapi jangan dilupa... sebagai seorang manusia, `peminta sedekah ’ sepertiku juga ada maruah yang tidak boleh kamu rampas .. sama seperti maruah kamu semua.

Menaruh Harapan~~


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh


Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...

~~aku OGOS 2011~~


~~stil berimej POYO~~




at litle INDIA



moteppp sngtt pic ni


 
mikey and aku



mikey, joned and aku




selamat hari kemerdekaan dari aku

adam, 23.8.2011


kini hidupku penuh dengan kekesalan,dengan apa dosa yg pernah aku lakukan. Namun,what past is past,i am looking for hopefully a hopeful future. Ya Allah,Engkau kurniakanlah aku kekuatan dan tingkatkan tahap kesabaran agar aku mampu mengharungi ujian Mu ini....

teman-teman..
berfikirlah dulu sebelum bertindak. Ingat insan yg tersayang,ingat Tuhan,ingat masa depanmu nanti. Sesal menangis air mata darah pun sudah tak berguna. Apa yg perlu aku lakukan sekarang adalah untuk terus hidup,terus hidup untuk keluarga..untuk membantu mereka yg memerlukan. Ya Allah,pjgkanlah umurku kiranya ia membantu aku ke Syurgamu dan baik untuk agama Mu ..kalau sebaliknya,matikan aku dalam iman ketika sujud padaMu....