23 August 2011

Buat teman teman yang aku sanjung..

Bila lahir kita tiada pilihan ke atas nama kita... gelaran yang baik baik selalunya, dihadiahkan oleh orang tua, famili dan lain lain. Itulah simbol personaliti kita selamanya..

Di awal awal perjalanan mahupun  pertengahan jalan  kehidupan kita, timbul pulaklah pelbagai nama timangan buat kita, ada yang `very the’ dan ada yang lucu bunyinya tak kurang pula ada yang pelik!

Jika ada jasa di tabur dan untung nasib berpihak pada kita serta amal kebajikan dikenang orang .. maka dianugerahkan dengan gelaranlah pulak. Dato’ , Datin, Dato Sri dan pelbagai lagi. Seronoknya ye? Yang tak seronok bila gelaran ditarik balik            ..sigh..

Nama adalah lambang maruah, peribadi, identiti dan personaliti seseorang.

Abis tu... amacam plak kalau kita dikenali dengan nama panggilan yang kurang enak? Pasti kita marah, geram, menyampah dan malu dengan nama itu. Tapi ken,ken,ken, pernah tak terdetik di minda kita yang sebenarnya nama gelaran tu , biarpun melambangkan sesuatu sifat atau perkara yang tak elok, ianya adalah hanya sekadar nama... gabungan abjad yang membentuk satu perkataan atau prasa nama.

Aku tak malu dipanggil GAY, Bapuk, LELAKI LEMBUT malah anjing sekalipun! Terima kasih kalian kerana meluangkan masa, memerah keringat memberi aku nama mengikut acuan di kotak mindamu. Mungkin benar, mungkin silap, terpulanglah kepada semua menilainya (walaupun kamu tiada hak!)

Tapi, apapun nama yang kamu semua cipta dengan segala macam label, memberikan aku ruang dan peluang menilai diri. Dengan peluang ini jugalah, aku berterima kasih kerana menghina, mencaci maki aku supaya aku bertambah kuat semangatnya. Syukur padaNya kerana dengan nama ini, aku mampu mengukur kawan dan lawan.Kamu semua hanya pandai menggelar tetapi pernahkah kamu duduk memikirkan mengapa aku begitu?

Semoga ada lagi umat manusia yang ingin berdamping denganku, setia berada di sisi kala suka duka dan mendoakan kesejahteraan rohku bila aku tiada...

Dengan nama, aku berjaya dan kerana nama juga aku dicaci nista. Kamu semua boleh merampas segala galanya dariku tetapi jangan dilupa... sebagai seorang manusia, `peminta sedekah ’ sepertiku juga ada maruah yang tidak boleh kamu rampas .. sama seperti maruah kamu semua.

No comments:

Post a Comment